Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 12 Februari 2010, Dr.Radiah dan kesemua pelajar HMT 329 telah melakukan satu aktiviti berjalan kaki untuk meneliti segala papan tanda, iklan, dan nama kawasan tertentu.
Sepanjang perjalanan kami ini, banyak maklumat dan pengetahuan yang kami peroleh terutamanya dari aspek penggunaan bahasa sama ada yang terdapat pada papan tanda, iklan, ataupun nama sesuatu kawasan. Antara yang paling ketara semasa sesi perjalanan kami pada hari tersebut ialah kami diberi masa selama 15 minit oleh Dr.Radiah untuk meneroka sedikit sebanyak mengenai Pasar Lip Sin. Pasar Lip Sin sememangnya menarik perhatian saya kerana majoriti dalam kalangan pengunjung pasar ini terdiri dalam kalangan mereka yang berbangsa Cina dan bahasa pertuturan yang digunakan oleh penjual dan pembeli pula merupakan dialek Hokkien. Namun demikian, demi memudahkan urusan jual beli mereka, peniaga di pasar Lip Sin juga tidak ketinggalan menggunakan kemudahan papan tanda yang terdiri daripada bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina sebagai alat bantuan urusan perniagaan mereka.
Selain itu, dalam perjalanan tersebut saya juga berkesempatan melihat beberapa kata makian dan cacian yang telah diconteng pada zink-zink tapak projek pembinaan banguanan. Bahkan ada juga yang melukis simbol-simbol grafik yang melambangkan elemen yang tidak senonoh pada dinding telefon awam.
Antara lain yang menarik perhatian kami bersama adalah konsep Taman Pekaka yang telah digunakan pada satu kawasan rumah flat sekitar perjalanan kami. Pengetahuan leksikon membekalkan kepada saya bahawa taman sebenarnya merupakan satu kawasan perumahan yang ditumbuhi dengan pokok-pokok, mempunyai taman permainan kanak-kanak, dan dipenuhi dengan rumah-rumah teres. Tetapi sebaliknya dengan Taman Pekaka yang berbeza konsepnya iaitu Taman Pekaka di sini seolah-olah satu kawasan perumahan flat dan bukannya seperti yang tergambar dalam imaginasi saya.
Tuesday, February 23, 2010
Jenjalan Pelajar HMT 329
Posted by ~.~A.D.I.K~.~ at 2:05:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment